(22 Oktober 2011) Seramai 30 orang murid-murid dan 2 orang guru telah menghadiri suatu pameran karnival Sains dan Teknologi yang bertempat di dewan serbaguna Politeknik Mukah Sarawak. Murid-murid sempat didedahkan dengan pelbagai ilmu dan peralatan Sains dalam karnival yang bermakna ini.
2011年10月23日
2011年10月22日
Hari Sukan dan Mini Sukan 2011
(20 Oktober 2011) Sekolah kami telah mengadakan Hari Sukan dan Mini Sukan pada hari ini. Hari Sukan dan Mini Sukan ini telah dirasmikan oleh guru besar. Pelbagai aktiviti telah dipertandingkan dan melibatkan semua murid sekolah. Antaranya termasuklah menerbangkan kapal terbang kertas, Ayam Betina Bertelur, meniup dan memecahkan belon, lari dengan memegang bola, mengisi air ke dalam botol plastik dengan span, menangkap ikan. Aktiviti marathon murid-murid turut diadakan selepas ini. Johan marathon dimenangi oleh Steven Tan manakala pasukan merah menjuarai keseluruhan aktiviti sukan pada hari tersebut. Tahniah kepada mereka !
2011年10月20日
Karnival Bijak Prasekolah 2011 (Peringkat Daerah Mukah)
(19 Oktober 2011) Sekolah kami telah mengambil bahagian dalam pelbagai acara dalam Karnival Bijak Prasekolah 2011 peringkat daerah Mukah. Semua peserta prasekolah seronok dengan semua aktiviti yang disertai. Antara termasuklah acara menyusun huruf, membaca, membentuk ayat, lari, memakai baju, mewarna dan lain-lain.
2011年10月14日
诗巫华人董联与学校董事和教师交流会

![]() |
合照 |
(13日讯) 诗巫与加帛省华小董联会一行9人在主席许守良的率领下于今天到本校与学校的董事们以及教师进行交流访问,进而了解本校的实际情况。通过这次的交流会,董联不但能理解本校的困境与问题,他们也尽力为校的问题提出对策。其中问题包括因逐年增加的学生人数而导致教室不足、一到中午就会热的课室和雨盖走廊等等。华小董联会建议在一到中午就会感到热的课室装置冷气。他们也建议学校董事部与学校向政府争取预算案中所提到充作兴建、提升及维修的特别基金,并准备和呈交有关会计图于有关单位。
2011年9月29日
Hari Kemerdekaan 2011

(26 Ogos 2011) Sempena bulan Kemerdekaan 2011, SJK Ek Hua turut menyambut Kemerdekaan negara yang bermakna ini pada hari ini. Selepas perhimpunan di dewan, pertandingan mewarna untuk Prasekolah dan murid-murid Tahun 1 hingga 4 serta pertandingan menghasilkan bendera Malaysia untuk murid-murid Tahun 5 dan 6 telah diadakan. Tambahan, sekolah juga mengadakan majlis penyampaian cenderahati kepada Cikgu Foo yang akan berkhidmat di sekolah lain. Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas segala usaha dan sumbangan yang dicurahkan oleh beliau sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di sekolah ini.
2011年7月8日
Larian 1 Malaysia, 1 Murid 1 Sukan
(2 Julai 2011, SAB) Bagi menyahut seruan 1 murid 1 sukan daripada Menteri Pelajaran Malaysia, SJK EK HUA, Mukah juga memberi sokongan dengan mengumpulkan murid-murid satu sekolah bagi menjayakan program larian 1 Malaysia ini pada pukul 7.30am. SJK EK HUA juga mempelawa Ketua kaum, juga seorang Pengerusi Lembaga sekolah,Encik Tay Aik Seng merasmikan program ini bagi pihak KPM. (gambar-gambar disertai di galeri web sekolah)
Foto oleh: LLN
Ditulis oleh: FBS
Foto oleh: LLN
Ditulis oleh: FBS
2011年6月30日
Hari Permuafakatan dan Hari Guru 2011
(26 Mei 2011) Pertama kali dalam sejarah sekolah,membuat aktiviti permuafakatan antara ibubapa dan guru,aktiviti ini telah mendapat sambutan hangat daripada pihak ibubapa, mereka sangat prihatin serta member kerjasama dengan memberitahu tentang masalah yang sedang dihadapi oleh anak-anaknya di rumah. Ini menunjukan terdapat ikatan kuat antara kedua-dua pihak dengan mencari penyelesaian yang baik. Justeru itu, selepas aktiviti permuafakatan, diteruskan dengan aktiviti hari guru yang ketuai oleh guru besar dengan bertema ‘Guru Penjana Tranformasi” .
订阅:
博文 (Atom)