2011年9月29日

Hari Kemerdekaan 2011

 
(26 Ogos 2011)  Sempena bulan Kemerdekaan 2011, SJK Ek Hua turut menyambut Kemerdekaan negara yang bermakna ini pada hari ini. Selepas perhimpunan di dewan, pertandingan mewarna untuk Prasekolah dan murid-murid Tahun 1 hingga 4 serta pertandingan menghasilkan bendera Malaysia untuk murid-murid Tahun 5 dan 6 telah diadakan.  Tambahan, sekolah juga mengadakan majlis penyampaian cenderahati kepada Cikgu Foo yang akan berkhidmat di sekolah lain. Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas segala usaha dan sumbangan yang dicurahkan oleh beliau sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di sekolah ini.

2011年7月8日

Larian 1 Malaysia, 1 Murid 1 Sukan

(2 Julai 2011, SAB) Bagi menyahut seruan 1 murid 1 sukan daripada Menteri Pelajaran Malaysia, SJK EK HUA, Mukah juga memberi sokongan dengan mengumpulkan murid-murid satu sekolah bagi menjayakan program larian 1 Malaysia ini pada pukul 7.30am. SJK EK HUA juga mempelawa Ketua kaum, juga seorang Pengerusi Lembaga sekolah,Encik Tay Aik Seng merasmikan program ini bagi pihak KPM. (gambar-gambar disertai di galeri web sekolah)

Foto oleh: LLN
Ditulis oleh: FBS

2011年6月30日

Hari Permuafakatan dan Hari Guru 2011

(26 Mei 2011) Pertama kali dalam sejarah sekolah,membuat aktiviti permuafakatan antara ibubapa dan guru,aktiviti ini telah mendapat sambutan hangat daripada pihak ibubapa, mereka sangat prihatin serta member kerjasama dengan memberitahu tentang masalah yang sedang dihadapi oleh anak-anaknya di rumah. Ini menunjukan terdapat ikatan kuat antara kedua-dua pihak dengan mencari penyelesaian yang baik. Justeru itu, selepas aktiviti permuafakatan, diteruskan dengan aktiviti hari guru yang ketuai oleh guru besar dengan bertema ‘Guru Penjana Tranformasi” .

2011年5月20日

明日之星 2011

二零一一年小学六年级就检定考试即将在九月举行,本校拥有四位考生(上图),希望考生能考取标青的成绩,为我校争光

2011年5月17日

MUTIARA KATA

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel

Hidup memerlukan pengorbanan, tidak semua yang kita inginkan akan kita kecapi. Sememangnya pengorbanan itu amat sukar dan pedih untuk dilakukan. Bergembiralah dengan apa yang kita ada sekarang.

Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

17 mei 2011 fbs

2011年5月16日

Penggunaan ICT dalam PnP

(12 Mei 2011) Penggunaan ICT adalah digalakkan dalam setiap matapelajaran, ini bukan sahaja dapat memberi pendedahan cara penggunaan komputer kepada pelajar malah ia dapat meningkatkan pemahaman mesej PnP yang ingin disampaikan kepada pelajar…. Maju ICT, Maju pelajar! (ditulis oleh FBS)

Ujian Semester Pertama telah bermula

(12 Mei 2011) Setelah sekian lama PnP dijalankan,sampai masanya murid-murid SJK EK HUA menghadapi tahap peningkatan diri dalam ujian pada 12 Mei sehingga 18 Mei 2011, seperti gambarajah yang ditunjukkan, bersungguh-sungguh menjawab soalan. (ditulis oleh FBS)