2012年4月11日
2012年3月31日
2012年2月3日
Lawatan Perkongsian Pengurusan Program LINUS SK Kampung Sau
(1 Feb. 2012) Beberapa orang guru dari SK Kampung Sau, Mukah yang diketuai oleh Cik Hamidah binti Jaraiee telah sempat berkunjung ke sekolah kita pada sebelah petang hari ini dengan tujuan perkongsian pengetahuan dan pengalaman dalam pengurusan dan pelaksanaan Program LINUS terutamanya subjek Matematik. Guru-guru sempat berkongsi pengalaman dan usaha yang dijalankan oleh pihak sekolah. Usaha ini juga sempat mengeratkan jalinan perpaduan kaum antara kedua-dua buah sekolah.
2012年1月24日
2011年11月17日
Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen SJK (C) Ek Hua 2011
(15 November 2011) SJK(C) Ek Hua telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan Konvokesyen 2011. Semua ahli Lembaga Pengurus Sekolah, ibu bapa dan murid-murid telah dijemput untuk menghadiri majlis yang penuh bermakna ini. Pelbagai anugerah akademik dan ko-kurikulum telah diberikan kepada murid-murid. Majlis ini turut diserikan lagi dengan persembahan tarian dan cabutan bertuah. Jamuan ringan turut disediakan kepada semua hadirin pada akhir majlis. Tahniah kepada murid-murid yang mendapat hadiah dan juga ribuan terima kasih kepada semua pihak, terutamanya ahli-ahli Lembaga Pengurus Sekolah dan para guru yang telah menyumbang untuk menjayakan majlis ini.
2011年10月23日
Program Penggalakkan Sains dan Matematik Sarawak 2011
(22 Oktober 2011) Seramai 30 orang murid-murid dan 2 orang guru telah menghadiri suatu pameran karnival Sains dan Teknologi yang bertempat di dewan serbaguna Politeknik Mukah Sarawak. Murid-murid sempat didedahkan dengan pelbagai ilmu dan peralatan Sains dalam karnival yang bermakna ini.
2011年10月22日
Hari Sukan dan Mini Sukan 2011
(20 Oktober 2011) Sekolah kami telah mengadakan Hari Sukan dan Mini Sukan pada hari ini. Hari Sukan dan Mini Sukan ini telah dirasmikan oleh guru besar. Pelbagai aktiviti telah dipertandingkan dan melibatkan semua murid sekolah. Antaranya termasuklah menerbangkan kapal terbang kertas, Ayam Betina Bertelur, meniup dan memecahkan belon, lari dengan memegang bola, mengisi air ke dalam botol plastik dengan span, menangkap ikan. Aktiviti marathon murid-murid turut diadakan selepas ini. Johan marathon dimenangi oleh Steven Tan manakala pasukan merah menjuarai keseluruhan aktiviti sukan pada hari tersebut. Tahniah kepada mereka !
订阅:
博文 (Atom)