2011年11月17日

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen SJK (C) Ek Hua 2011

(15 November 2011) SJK(C) Ek Hua telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan Konvokesyen 2011. Semua ahli Lembaga Pengurus Sekolah, ibu bapa dan murid-murid telah dijemput untuk menghadiri majlis yang penuh bermakna ini. Pelbagai anugerah akademik dan ko-kurikulum telah diberikan kepada murid-murid. Majlis ini turut diserikan lagi dengan persembahan tarian dan cabutan bertuah. Jamuan ringan turut disediakan kepada semua hadirin pada akhir majlis. Tahniah kepada murid-murid yang mendapat hadiah dan juga ribuan terima kasih kepada semua pihak, terutamanya ahli-ahli Lembaga Pengurus Sekolah dan para guru yang telah menyumbang untuk menjayakan majlis ini.

2011年10月23日

Program Penggalakkan Sains dan Matematik Sarawak 2011

(22 Oktober 2011) Seramai 30 orang murid-murid dan 2 orang guru telah menghadiri suatu pameran karnival Sains dan Teknologi yang bertempat di dewan serbaguna Politeknik Mukah Sarawak. Murid-murid sempat didedahkan dengan pelbagai ilmu dan peralatan Sains dalam karnival yang bermakna ini.

2011年10月22日

Hari Sukan dan Mini Sukan 2011

 
(20 Oktober 2011) Sekolah kami telah mengadakan Hari Sukan dan Mini Sukan pada  hari ini. Hari Sukan dan Mini Sukan ini telah dirasmikan oleh guru besar. Pelbagai aktiviti telah dipertandingkan dan melibatkan semua murid sekolah. Antaranya termasuklah menerbangkan kapal terbang kertas, Ayam Betina Bertelur, meniup dan memecahkan belon, lari dengan memegang bola, mengisi air ke dalam botol plastik dengan span, menangkap ikan. Aktiviti marathon murid-murid turut diadakan selepas ini. Johan marathon dimenangi oleh Steven Tan manakala pasukan merah menjuarai keseluruhan aktiviti sukan pada hari tersebut. Tahniah kepada mereka !

2011年10月20日

Karnival Bijak Prasekolah 2011 (Peringkat Daerah Mukah)

 (19 Oktober 2011) Sekolah kami telah mengambil bahagian dalam pelbagai acara dalam Karnival Bijak Prasekolah 2011 peringkat daerah Mukah. Semua peserta prasekolah seronok dengan semua aktiviti yang disertai. Antara termasuklah acara menyusun huruf, membaca, membentuk ayat, lari, memakai baju, mewarna dan lain-lain.

2011年10月14日

诗巫华人董联与学校董事和教师交流会

合照
       (13日讯) 诗巫与加帛省华小董联会一行9人在主席许守良的率领下于今天到本校与学校的董事们以及教师进行交流访问,进而了解本校的实际情况。通过这次的交流会,董联不但能理解本校的困境与问题,他们也尽力为校的问题提出对策。其中问题包括因逐年增加的学生人数而导致教室不足、一到中午就会热的课室和雨盖走廊等等。华小董联会建议在一到中午就会感到热的课室装置冷气。他们也建议学校董事部与学校向政府争取预算案中所提到充作兴建、提升及维修的特别基金,并准备和呈交有关会计图于有关单位。

2011年9月29日

Hari Kemerdekaan 2011

 
(26 Ogos 2011)  Sempena bulan Kemerdekaan 2011, SJK Ek Hua turut menyambut Kemerdekaan negara yang bermakna ini pada hari ini. Selepas perhimpunan di dewan, pertandingan mewarna untuk Prasekolah dan murid-murid Tahun 1 hingga 4 serta pertandingan menghasilkan bendera Malaysia untuk murid-murid Tahun 5 dan 6 telah diadakan.  Tambahan, sekolah juga mengadakan majlis penyampaian cenderahati kepada Cikgu Foo yang akan berkhidmat di sekolah lain. Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas segala usaha dan sumbangan yang dicurahkan oleh beliau sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di sekolah ini.

2011年7月8日

Larian 1 Malaysia, 1 Murid 1 Sukan

(2 Julai 2011, SAB) Bagi menyahut seruan 1 murid 1 sukan daripada Menteri Pelajaran Malaysia, SJK EK HUA, Mukah juga memberi sokongan dengan mengumpulkan murid-murid satu sekolah bagi menjayakan program larian 1 Malaysia ini pada pukul 7.30am. SJK EK HUA juga mempelawa Ketua kaum, juga seorang Pengerusi Lembaga sekolah,Encik Tay Aik Seng merasmikan program ini bagi pihak KPM. (gambar-gambar disertai di galeri web sekolah)

Foto oleh: LLN
Ditulis oleh: FBS